Tuesday, February 24, 2009

pERinGtan bAgI peJUaNG isLam

Peringatan Bagi Pejuang Islam

Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:

1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.

"Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)

"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)


2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.
"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)

"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran:179)

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)

"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)


3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.
"Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan)," (Asy-Syu'araa':15)


4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)" (Al-A'raaf:201-202)

WaJIb!


22 feb 2009
03.05 am…

AKU HAMBA YANG HINA...

“YA ALLAH,PEMILIK SEGALA HATI MANUSIA,PELIHARALAH HATIKU DARI PERASAaN MARAH….”

pENyelesain SMAC…

malam nie aku penat sangat nak jernihkan masalah budak2 pj ngn badak2 nilai..
aku cuba cari pendekatan dengan berhubung sendiri dengan penulis blog yang ‘kononnya’ menghina warga2 nilai…

aku sendiri msg ngn Had mintak penjelasan dengan apa yang ditulis dalam blog Had…SHUHADA SULUNG…

msg antara kami…

‘aku’…
salam,had…penulis blog yang terkenal dalam masa yang singkat disebabkan artikel yang mantop…tahniah..kiriman salam dari nilai…

‘Had’…
sape nie,dah bc blog sy ke?

‘aku’…
sis2 dari nilai,ana dah baca tapi panjang sangat…hmm,ternyata melebihkan org pj..malam football,first Hs menang,pj yang protest dl…malam pertama kt pj,badminton Disqualified coz import…tapi haziq sendiri yng cakap dalam meeting,import xpe…juz tolak point…n player2 medcy dah taw b4 perlawann,tp sengaja protest after melex menang..masa perjumpaan dengan deputy dean,haziq,prgam mnger…da,tapi diam seribu bahasa…langsung xde ciri2 lEAder…
HAZIQ GAGAL!!!

‘Had’…
ada ka saya kata sapa yang salah dalam badminton and football?
ape yang awak paham dalam blog saya 2?

“Tersentap aku baca msg Had…”kasarnya….

‘Aku’…
Ha’a…Wallahualam…dalam hati enti hanya Allah je yang taw…kite tunggu keputusan pihak nilai…


‘Had…’
ape yang enti paham dari blog sy?adkah menunjukkan saya nie kurang ajar?

“ASTAQFIRULLAHALAZIM…..”iStifar panjang aku…

‘aku…’
ana dah tak marah,tapi bahasa enti msg ngan ana wat ana rasa marah and tercabar….

‘Had…’
Ow..terkasar ke?maaf sangat2..sebab ada budak yang baca blog 2 cakap dia salah paham,jadi saya Tanya la paham x?bkn niat nak kata enti tak taw baca blog@dll...ras marah kat sy lagi?

‘Aku…’
sangat2,tapi insyAllah semoga hati ana dipelihara n x dkuasai oleh perassan marah hendakNya…Ameen…
ana pun terpelajar dan beragama gak….

…………tut…tut….aku dah penat….aku dah dapat agak macam mana sis nie…


PEnING GAK AKU,…honestly,Had punyai bahasa yang kasar…
ape yang ditulisnya dalam blog mbuatkn ramai sahabat2 aku dr nilai ini salah mentafsirnya…
pada aku,pe yang ingin disampaikn oleh Had adalah berkenaan dengan dirinya…


tp masalah smac dibangkitkn oleh Had…hmm,mayb dier penat n tertekan sangat kot…kononya sis2 nilai banyak psyco budak2 pj...aku ar dalang 2…
player lg sengsara dr supporter…player2 aku mengangis...

hati aku sebak and terharu bila kawan2 aku pun menangis untuk sahabat2 aku…airmata aku tak dapat diseka lagi…Rai,Muna,..Nurul…aku x mmpu lagi menahan airmata,aku kalah dengan emosi..malam 2,aku sangat sedih…

di Nilai keesokan paginya…

aku tolong muna sediakn teks untuk penguman smac..masa mengarang teks ngn muna,aku dapat rasakan yang aku tak kuat,aku mudah menangis..

tyme muna buat penguman kul 1.30 pm,muna sebak…laungan semangat bergema di seluruh blok d n e…kami bangga + terharu…aku dalam postguard menangis..
Ya Allah,kenapa hatiku menagis lagi?....Da junior nk tenteramkn aku,Azlina…
mekasih Na..

“mekasih Na,k.nana dah ok…”senyum pada zahirnya….

alih2 malam yang kedua 2 plak pasal bola brothers…da kes gaduh…sume committee ingat kes gaduh 2 kejap je…tanpa diorg taw,brothers2 g gaduh kat luar…satu penyelesaian yang bagus bagi mereka….

hmm,masing2 pendek and cetek pemikiran…

dulu aku suka sangat berkawan dengan budak bertudung labuh…bg aku mereka nie adalah teman aku untuk ke syurga…

tp alih2,masa smac,aku yang gaduh besar ngn budak2 btudung labuh nie…ape dah jadi ngn aku?mana rase hormat aku sesama insane nie?

“Ya ALLAH,janganlah Kau balikkn hati aku sesudah Kau mmberi hidayah petunjuk padaku”…Ameen.


Aku mayb tak dapat terima bila ada manusia yang suka komen pasal org laen…tp hakikat and kebenarannya,sume org x sempurna…termasuk diri aku…

Thanks Irma..Irma dah sejukkn hati akak…nie msg dr irma..

“Kadang2 hati yng sakit menjadi semakin bertambah sakit kerana adanya syaitan yang berjaya mencucuk hati2 kite untuk bertambah sakit..nahtijahnya syaitan menang dan kita kalah…”

and pada kite,sape yang nak kite menangkan?KALIMAHTULLAH atau hasutan syaitan?...
saudara2 seagama ku,ana menyeru semoga kite sume buang perasaan marah and kite natural….hehe…bdk2 nilai sume tabah2 blaka…..

pada sahabat2 ana d nilai,…kite lupakan pe yang terjadi,and penulis blog akan terangkan maksud sebenar dier dalam penulisan yang seterusnya…

“innAllah ma’a As-Soborin….”la bak’sa muslimat….

“Dan sesungguhnya Kami benar2 akan mguji kamu agar Kami mengetahui orang2 yang berjihad dan bersabar di antara kamiu;dan agar Kami mengatakan (baik buruknya ) hal ehwal”(Muhammad :31)…

TAKBIR……ALLAHUAKHBAR..
~nursya~ 04.45 am
Nana..