Sunday, May 10, 2009

KiSaH TeLadaN_HEpY mOTheR'S day UmMI

Pernah pada suatu hari,Abdullah bin mas’ud bertanya pada rasulullah s.a.w “Ya Rasullulah,amalan apakah ayng paling mulia di sisi Allah?”

Kata Nabi s.a.w.,ya Abdullah..yang pertama sekali,

“Assola tu’ala waqtiha”…solat lima waktu tepat pada waktunya…

‘Amalan yang kedua Ya Rasulullah?’

“Birru walidaini”….berbakti,berbuat baik kepada ibu bapa..

Anak-anakku,jantung hatiku…

ku belai ku sayang tanpa jemu..

bila ibu mulai merindu,

mengapa hatiku kau tusuk sembilu?


Ada satu kisah benar…

3 anak lelaki…lepasan universiti…graduate blaka….yang sudah berumah tangga…isteri mereka pun orang terpelajar…memang orang yang bijak la dari segi pendidikan..

tapi bila mak nya sakit di hospital,tidak ada seorang anak pun yang sudi menjenguk mak itu…

berminggu-minggu….berbulan-bulan….si emak terlantar di hospital ditemani ‘nurse’

Jadi satu hari ‘nurse’ bertanya “ makcik tak de anak ke yang boleh meziarah makcik?”

Ada…Anak saya ada tiga orang..

Mungkin mereka sibuk sangat..minggu demi minggu,nurse tu pun kesian sangat…

“makcik,boleh saya panggilkan anak-anak makcik untuk ziarah makcik ?…

..nie ada tiga nombor talifon,tiga anak makcik…dan cakap dekat anak-anak makcik.. “dalam bank makcik ada RM30 000..mana anak yang sudi menjaga makcik,sampai makcik meniggal dunia ambillah duit itu…

keesokan harinya,ketiga-tiga anak datang…dikongsi seorang sepuluh ribu,seminggu…seminggu…seminggu…mak dicampak balik ke hospital,akhirnya,…si ibu meninggal dunia di hospital tanpa ditemani oleh anak-anaknya…

sedih….sangat apabila terdengar cerita nie…sebak…

Nie lah apa yang dikatakan si tanggang moden…

Tapi bila kita susuri balik,mengapa perkara sebegini berlaku…bila ditanya semula pada ‘nurse’ yang berkaitan..agak-agak kenapa mak ini diabaikan oleh anak-anakanya..

Apabila ditanya,akhirnya makcik ini pernah bercerita kepada ‘nurse’..

“saya pun tak mahu salahkan anak-anak saya…sebab masa saya muda-muda dulu pernah mak saya sakit, saya abaikan…

So,rakan-rakan yang dikasihi…

dunia sentiasa berpusing…

Jika kita menginginkan anak-anak yang membalas jasa kita,ayuh..kita jadi anak-anak yang benar-benar membalas jasa ibu bapa…Insyaallah…

SENTUHLAH,BELAILAH IBU KITA SELAGI MEREKA MASIH BERADA DI SISI KITA…

Wallahualam..