Thursday, October 1, 2009

JaDIkaN akU yanG dULu..

Bantulah aku Ya ALLAH!...



...dalam kehidupan yang semakin hari semakin membuat aku benci pada diriku...



Banyak persoalan yang timbul dalam benak hatiku,yang paling aku risaukan..

aku dah jauh terpesong..



aku perlukan motivasi dan sokongan dr kawan-kawan...pukul aku,herdik aku sekiranya aku salah..jangan biar aku terus hanyut dengan dunia aku...



aku sendiri tahu aku bencikan kehidupan aku sekarang..

aku rindukan kawan-kawan yang boleh menjadi imam untuk aku,melatih aku juga untuk menjadi imam pada mereka setiap kali solat berjamaah...aku rindukan semua itu..



.......pernah satu ketika,ketika mengikuti satu program di luar campus,aku sedar yang kehidupan aku bukanlah dengan cara yang tegas,paksaan,nyanyian,lakonan......bukan dengan menyanyi lagu patriotik,tetapi...

aku inginkan alunan zikir memuji Allah....aku rindukan rumah Allah

Aku inginkan kehidupan dan suasana yang menjamin arah tujuku...



....dalam kehidupan,aku inginkan kemewahan...aku inginkan kesenangan...tapi jangan sampai aku lalai sendiri...



ayah,...limpahkan aku dengan 1001 kemewahan...hadiah paling besar dari ayah,sebuah kereta pada harijadiku ke-20...



dan aku..nak ayah tahu,hadiah paling berharga dr ayah...kasih sayangmu....terima kasih ayah...



......dalam kehidupan sekarang,penat....

kawan...

untuk dapatkan keuntungan....pelik?

x payah pelik....manusia...



Apa yang aku perlukan sekarang,bukan lagi kemewahan,kesenangan...

aku perlukan ketenangan dan KEIMANAN...

bantulah aku sahabat dalam Mencari Cinta Illahi....





Bantu Aku...Wallahualam..

_any prob.._0132225107

Friday, June 12, 2009

my artwork!!...



Title: Kau dan Aku
Writer:Nursya
Date:22 apr 09 Wednesday Episode 1


imbas kembali _hafiz di kawasan jelapang padi

“…….Abang hafiz,tengoklah Akim nie”….jerit Amirah…
Akim dan Amirah adalah anak kembar pasangan Pak Haji Ahmad dan Mak aji Zaleha,pasangan suami isteri yang menjadi keluarga angkat pada Hafiz semasa universitinya mengadakan Program Anak Angkat di Kg Kuala Kedah,…yang terkenal dengan kawasan yang menghijau dengan padi…

“Amirah,akim….mari sini kejap”….pinta Hafiz….
Ala abang Hafiz nie…akim bukan buat ape-ape pun dekat si manja sorang nie…
“uwekk…”.sakat Akim…
“Ha’a,padan muka kau…abang Hafiz dah marahkan kau Akim…”
Yihoooooo…jerit Amirah kegirangan…

Yela la…kau menang…”jerit Akim sambil menjeling kearah Amirah….

Akim mencebikkan muncungnya…

Hmm..abang…kenapa panggil kami berdua nie?
ha’a…tak de ape-ape pun….nie ar,abang juz nak bagi nie je…Hafiz menunjukkan tangan kanannya yang masih terpekup…

“ape tu abang”…Tanya amirah…
“ha’a abang..ape tu?”sampuk Akim…

jeng…jeng..jeng….
“Cepat la buka jari abang tu…”gesak amirah dan akim


sambil-sambil duduk di batas yang memisahkan petak-petak padi,Hafiz dah memikirkan bagaimana nak kenakan pasangan kembar yang selalu bertelagah itu…..

“Nah….Hafiz melumurkan muka akim dan amirah dengan Lumpur dan sempat digengam tadi semasa kedua-dua kembar itu bertelagah….
hahahah…padan muka….
argghh……Abang Hafiz….jahat!!!...jerit Amirah…..
Ha’a,Amirah manja……ejek akim yang selamba dengan Lumpur penuh di mukanya…

nak kena abang hafiz nie…selorah Amirah …

Akim menunjukkan isyarat ‘ok’ pada Amirah….
Akim memeluk Hafiz dari belakang dengan sekuatnya….
“eh…kenapa plak nie?...janganla kenakan abang pulak….


“tak kira-tak kira…giliran abg yang nakal nie pulak….
“pegang kuat-kuat abg Akim….”pekik Amirah yang bersedia dengan sesenggam Lumpur di tangan….

nah abang Hafiz….Amirah melumurkan muka Hafiz dengan Lumpur yang masih basah…

“Padan muka abang Hafiz’..jerit pasangan kembar kegirangan….

Yihooooooooooo…………..

Hafiz membalas kegembiraan Amirah dan Akim dengan membaling Lumpur yang sempat dicapainya….

Argh,…abang Hafiz,dah kotor baju kite nie…nanti mesti ibu naik angin tengok kita…
Hmm…takpe…nanti biar abang yang jawab pertanyaan ibu…

“…dah nak dekat magrib dah nie,jom balik adik-adik abang…”ajak hafiz….

angguk akim dan Amirah tanda setuju…..



di halaman rumah keluarga angkatnya….

Hmm…dah balik anak-anak ibu?...sergah mak Aji Zaleha ketika Hafiz,Akim dan Amirah cuba menyelinap untuk masuk ke dalam tandas yang terletak di bawah rumah….

Alamak…ibu dah nampak kita la….pecah dah rahsia kita…ujar Akim…
ketiga-tiga mereka tergelak sendiri disertai dengan suara ibu yang turut berdengkus dengan perangai anak-anaknya itu termasuk hafiz….

Dari sudut jendela ibu sempat berkata…
Ibu ingatkan kembar berdua tu je yang nakal…rupanya abang mereka pun sama jugak…
tergelak ibu sendiri….HAFIZ….HAFIZ….





bersambung....

Sunday, May 10, 2009

KiSaH TeLadaN_HEpY mOTheR'S day UmMI

Pernah pada suatu hari,Abdullah bin mas’ud bertanya pada rasulullah s.a.w “Ya Rasullulah,amalan apakah ayng paling mulia di sisi Allah?”

Kata Nabi s.a.w.,ya Abdullah..yang pertama sekali,

“Assola tu’ala waqtiha”…solat lima waktu tepat pada waktunya…

‘Amalan yang kedua Ya Rasulullah?’

“Birru walidaini”….berbakti,berbuat baik kepada ibu bapa..

Anak-anakku,jantung hatiku…

ku belai ku sayang tanpa jemu..

bila ibu mulai merindu,

mengapa hatiku kau tusuk sembilu?


Ada satu kisah benar…

3 anak lelaki…lepasan universiti…graduate blaka….yang sudah berumah tangga…isteri mereka pun orang terpelajar…memang orang yang bijak la dari segi pendidikan..

tapi bila mak nya sakit di hospital,tidak ada seorang anak pun yang sudi menjenguk mak itu…

berminggu-minggu….berbulan-bulan….si emak terlantar di hospital ditemani ‘nurse’

Jadi satu hari ‘nurse’ bertanya “ makcik tak de anak ke yang boleh meziarah makcik?”

Ada…Anak saya ada tiga orang..

Mungkin mereka sibuk sangat..minggu demi minggu,nurse tu pun kesian sangat…

“makcik,boleh saya panggilkan anak-anak makcik untuk ziarah makcik ?…

..nie ada tiga nombor talifon,tiga anak makcik…dan cakap dekat anak-anak makcik.. “dalam bank makcik ada RM30 000..mana anak yang sudi menjaga makcik,sampai makcik meniggal dunia ambillah duit itu…

keesokan harinya,ketiga-tiga anak datang…dikongsi seorang sepuluh ribu,seminggu…seminggu…seminggu…mak dicampak balik ke hospital,akhirnya,…si ibu meninggal dunia di hospital tanpa ditemani oleh anak-anaknya…

sedih….sangat apabila terdengar cerita nie…sebak…

Nie lah apa yang dikatakan si tanggang moden…

Tapi bila kita susuri balik,mengapa perkara sebegini berlaku…bila ditanya semula pada ‘nurse’ yang berkaitan..agak-agak kenapa mak ini diabaikan oleh anak-anakanya..

Apabila ditanya,akhirnya makcik ini pernah bercerita kepada ‘nurse’..

“saya pun tak mahu salahkan anak-anak saya…sebab masa saya muda-muda dulu pernah mak saya sakit, saya abaikan…

So,rakan-rakan yang dikasihi…

dunia sentiasa berpusing…

Jika kita menginginkan anak-anak yang membalas jasa kita,ayuh..kita jadi anak-anak yang benar-benar membalas jasa ibu bapa…Insyaallah…

SENTUHLAH,BELAILAH IBU KITA SELAGI MEREKA MASIH BERADA DI SISI KITA…

Wallahualam..

Tuesday, April 28, 2009

Jika adA yAnG berTAnya tENtang iNSAn YAng BerTudUng LaBuh

Pada pendapat nUR, NUR kagum dengan mereka yang lebih mementingkan pandangan Allah daripada pandangan manusia. sejuk mata menengoknya, kelihatan sopan dan ayu, jauh dalam hati NUR pun menanam tekad dan azam untuk di kurniakan kekuatan supaya dapat mencontohinya..insyaAllah, dengan izin Allah NUR juga akan bertudung labuh, mudah-mudahan.
Penat menjadi baik?
Tak penat ke orang hina, main-mainkan kita, kutuk kita, hancurkan hati kite? Tak pernah sekali ke NUR melawan?
Siapa kata NUR tak penat? Kadang-kadang tu ada juga terasa.NUR juga manusia yang lemah. Mungkin NUR tidak pernah di hina, tapi menjadi seorang yang terlalu baik sebenarnya pernah mendedahkan NUR kepada situasi akhirnya NUR di tindas dan di aniaya. Ya, mereka akhirnya menghancurkan hati NUR. NUR juga seorang yang pemaaf dan tak menyimpan dendam, bukan balasan baik yang NUR perolehi-sebaliknya mereka menuduh NUR hipokrit!

Astaghfirullahalazim..Bukan senang nak jadi baik..Memaafkan pun jadi salah. so apa lagi? Takkanlah orang berbuat jahat kita juga harus berbuat jahat? No, it is not me..I dont care if u wanna hurt me but to revenge is not me. Terserah apa orang nak fikir tentang kita yang pasti kita tahu apa yang kita buat adalah betul dan yang penting, keredhaan Allah itu yang paling utama.

"Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan."
[Al-Imran:120]

Thursday, April 9, 2009


Salam…..

coretan ini khas buat insane yang memanggilku nursyahaddah…

Alhamdulillah,bersyukur nur kepada Allah yang masih memberi nur peluang mengenali seorang insane yang banyak mengajar nur tentang kehidupan supaya nur lebih menghargainya…

Dia seorang insane yang telah banyak merubah diri nur supaya nur terus pandang ke hadapan dan terus berjuang di jalan Allah ini…nur bersujud sebagai tanda kesyukuran kepadaMu Ya ALLAH kerana KAU telah menganugerahkan nur seorang insane yang bernama zuhaira aqilah…


let me describe a bit bout her…ZUHAIRA AQILAH

Bagi nur she’s pretty cute…cantik…

seorang yang cakap sangat laju…coz every time klu dier or nur cal,nur rase2 kebanyakan dier yang cakap…nur???lagi banyak mendengar…hehe

nur tak kisah pun coz nur suka sangat dengar dier berceloteh,,….pangjaaaaaaaang…..

Zu,sorry 2 say,bagi k.nur, zu seorang yang lurus….

dier suka bercerita dan berkongsi macam-macam,

tapi kadang-kadang dier tersalah pilih kawan yang tak sepatutnya…

ZU,sama macam kakak angkat nur yang penah blaja kt DQ,sekarang dekat uia,kuantan,nursing KAK EKIN…banyak bercakap and banyak sangat bagi nasihat kat nur…

yang paling nur ingat,akak slalu ingatkan nur jangan tinggal baca quran.,pesan kak ekin,kite kne slalu dekat dengan ALLAH and ingat ALLAH,baru ALLAH ingat and dekat dengan kite…alhamdlh…

akak,one day nur nak jadi hafizah macam akak…InsyaAllah..

Bagi nur teman yang baik adalah anugerah yang tak ternilai daripada ALLAH…teman yang baik penunjuk jalan,penguat langkah dan azam,pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal untuk negeri abadi..

Manusia yang lemah seperti nur sudah semestinya memerlukan teman,berkongsi suka dan duka,untuk mengingatkan nUr kala terleka,untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh,demi bersama meraih syurgaNya

THANKS ZU….UHIBBUKI FILLAH =

_ nUrSYahAdDAh- 09..

In the name of Allah te most gracious and most merciful…

Tepat pada tanggal 31 march 2009,pada jam 00.35,akak kesayangan nur telah melahirkan seorang bayi lelaki…

jom nur nak kenalkan…

Adam Haikal,berat 2.75 kilo je…

hazel eyes,cute+ putih…hehe..

dah tengok gambar korang comment la…

ha’a,baby adam akan jadi anak sedara kesayangan nur yang ke-2..

yang first,mesti la k.long(nurul farahanim)..3 tahun …jom nk kenalkan kedua-dua budak comel nie…




nie la baby adam....















ha'a..nie plak k.long...anak sedara kesayangan nur...

Wednesday, March 11, 2009

mUhAsABah DiRI Ya nuRSya....




Lepas je aku balik dari cc,update blog…Aku terus je on laptop…bosan dowh…
aku buka je microsoft word,aku pun nak luahkan ape yang aku rasa…kekedang nie la cara aku nak luahkan perasaan…

hmm…hari nie…hmm,cari idea jap…
ha’a…aku muhasabah diri lepas aku solat asar tadi..aku terlewat solat arinie…coz g cc…
terdetik di benak hatiku,aku risau dengan diriku sendiri…

aku tanya sendiri,berimankah aku?”

adakah segala amalan aku yang sekecil zarah nie diterima?”

Ya Allah,aku takut sangat dengan pembalasanMU..

Ya Allah,terlalu besar dan berat tanggungjawab aku sebagai seorang muslimah…aku tidak tega melihat saudara-saudara islamku terus hanyut dalam keasyikan dunia…Aku rasa yang aku tidak mampu untuk menyeru sahabat-sahabat aku untuk kembali meng-ESAkan Kau yang satu…Ya Allah,Kau bantulah aku…

Ya Allah,aku…. juga masih goyah agamaku….aku masih lagi mencari-cari siapakah diriku yang sebenar…

Apakah statusku padaMU Ya ALLAH?
Adakah aku layak mendapat hidayahMU Ya Allah.?

Adakah aku layak digelar srikandi muslimah??
Aku hanya berdakwah melalui penulisan…aku tidak mampu untuk menegur sahabat-sahabatku kerana aku cerminkan sendiri diri aku…aku juga tidak sempurna untuk menegur orang lain…Adakah aku masih layak bergelar srikandi Muslimah???

Kerana aku tak sehebat Khadijah yang begitu sempurna,
Kerana aku,
tidak setabah Rabiatul Adawiyah..yang begitu setia dalam sensara
Kerana aku,
tidak sekuat dan seteguh Sarah,
aapatah lagi aku tidak secantik Balqis
Malah kasihku jua tidak setulus Zulaika….
lalu bantulah aku Ya Allah,
Mencari jalan pulang

Ke Sisi Mu YA ALLAH…….