Lepas je aku balik dari cc,update blog…Aku terus je on laptop…bosan dowh…
aku buka je microsoft word,aku pun nak luahkan ape yang aku rasa…kekedang nie la cara aku nak luahkan perasaan…
hmm…hari nie…hmm,cari idea jap…
ha’a…aku muhasabah diri lepas aku solat asar tadi..aku terlewat solat arinie…coz g cc…
terdetik di benak hatiku,aku risau dengan diriku sendiri…
aku tanya sendiri, “berimankah aku?”
“adakah segala amalan aku yang sekecil zarah nie diterima?”
Ya Allah,aku takut sangat dengan pembalasanMU..
Ya Allah,terlalu besar dan berat tanggungjawab aku sebagai seorang muslimah…aku tidak tega melihat saudara-saudara islamku terus hanyut dalam keasyikan dunia…Aku rasa yang aku tidak mampu untuk menyeru sahabat-sahabat aku untuk kembali meng-ESAkan Kau yang satu…Ya Allah,Kau bantulah aku…
Ya Allah,aku…. juga masih goyah agamaku….aku masih lagi mencari-cari siapakah diriku yang sebenar…
Apakah statusku padaMU Ya ALLAH?
Adakah aku layak mendapat hidayahMU Ya Allah.?
Adakah aku layak digelar srikandi muslimah??
Aku hanya berdakwah melalui penulisan…aku tidak mampu untuk menegur sahabat-sahabatku kerana aku cerminkan sendiri diri aku…aku juga tidak sempurna untuk menegur orang lain…Adakah aku masih layak bergelar srikandi Muslimah???
Kerana aku tak sehebat Khadijah yang begitu sempurna,
Kerana aku,
tidak setabah Rabiatul Adawiyah..yang begitu setia dalam sensara
Kerana aku,
tidak sekuat dan seteguh Sarah,
aapatah lagi aku tidak secantik Balqis
Malah kasihku jua tidak setulus Zulaika….
lalu bantulah aku Ya Allah,
Mencari jalan pulang
Ke Sisi Mu YA ALLAH…….
No comments:
Post a Comment