Wednesday, March 11, 2009



Salam…




SeJEnAK BErBiCAra MenGeNAI PuterI YAng BerGELaR muSLimaH







Wahai sahabat-sahabat ana yang ana sayang kerana Allah,ana terpanggil untuk mencoret sedikit pendapat ana seiring dengan masalah yang kite sedia ketahui iaitu berkenaan AURAT!

Wahai muslimah yang baik akhlaknya,ana sedih melihat masih terdapat ramai saudara-saudara seagama kita yang dengan beraninya mencabar hukum Allah!!...
Mengapa ana berani menyatakan yang puteri-puteri sekarang dah berani mencabar hukum Allah??

1)Nie buktinya,…pakai tudung tetapi berbaju lengan pendek?

2) Pakai tudung tetapi rambut berjuntai ke belakang….

3)Ada pulak yang sekadar meletakkan selendang di kepala sebagai hiasan..niat dah baik
tapi…huh

4)Masih ada jugak yang berbaju kurung tetapi sayangnya,x bertudung…

5)Ada jugak yang dah lengkap menutup aurat dari hujung rambut,sampai ke hujung
kaki,tapi…pakaian yang serba ketat ditambahkan pula dengan amat jarang..

Ana bukan mereka-reka cerita tapi ini adalah hakikatnya…
cuba anntunna semua paling di sekeliling kita,…nie adalah realitinya…

Sahabat-sahabat yang ana sayang kerana Allah,

Cuba kite bandingkan antara hukum manusia dengan hukum Allah,hukum siapa yang sepatutnya kite patuhi ?sepatutnya kite takuti?

Sebagai contoh,kalau di jalan raya,anntunna akan memakai helmet untuk mengelakkan dari kena saman dengan polis,dan objective utamanya juga adalah untuk melindungi kepala anntunna dari sebarang kecederaan jika berlakunya kemalangan..

Alhamdulillah…Antunna dah berjaya mematuhi hukum yang dh ditetapkan oleh manusia.

Samalah juga dengan pemakaian tudung..semua manusia yang bergelar muslimah diwajibkan untuk memakai tudung kerana…

1) dah menjadi hukum Allah,wajib!…dan bagi mengelakkan kita dari mendapat dosa.

2) dan untuk mencapai objective utama iaitu untuk melindungi kita daripada bermacam-macam musibah yang bakal timbul seperti fitnah…



Firman ALLAH
“Wahai nabi!katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan perempuan yang beriman,supaya melabuhkan pakaiannya agar menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar)cara yang demikian telah cukup untuk mereka dikenali(sebagai perempuan yang baik-baik)maka dengan itu mereka tidak akan digangu.Dan ingatlah Maha pengampun,Maha Penyayang
{Surah AL-Ahzab 59}

Tetapi sayangnya,anntunna yang di luar sana yang masih berani mencabar hukum ALLAH dan ternyata gagal mematuhi suruhanNYA…

Hukum sape yang perlu kita patuhi?hukum manusia atau hukum ALLAH?
Balasan sapekah yang perlu kita takuti dan geruni?manusia atau ALLAH?

Apakah balasan yang bakal kite perolehi dari mencabar hukum ALLAH?Antunna fikirkan sendiri dan ayuh berubahlah,jadi yang terbaik…

Apakah OBJECTIVE kite di dunia ini?
Untuk Mencari CINTA DAN REDHA ILLAHI……….



SAMA-SAMALAH KITE RENUNGKAN DAN BERFIKIR SEJENAK….jOM bERubaH

Wallahualam!....

1 comment:

  1. If you do dhikr you won't get stressed, If your getting stressed your not doing enough dhikr - Shaykh Hamza Yusuf

    bnykkn zikir
    bnykkn mengingat Pencipta
    buat yang terbaik sebaik mungkin
    berserah padaNya
    kerana dia itu Maha Mendengar
    Maha Melihat Maha Mengetahui
    tiap apa yang terlintas di hati

    berusahalah
    moga kita dirahmatiNya.
    ameen...

    ReplyDelete